Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 4 Mac 2015

Peguam: Ketua Pengarah Penjara ada kuasa benar Anwar ke Parlimen

Keputusan akhir bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke sidang parlimen minggu depan terletak pada kuasa Menteri Dalam Negeri. Dalam kenyataan bersama, Peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya memaklumkan berdasarkan undang-undang, Seksyen 31 Akta Penjara 1995 memperuntukkan Ketua Pengarah (Jabatan Penjara) mempunyai kuasa mengarahkan individu dipenjara boleh dibawa ke tempat difikirkan munasabah. parlimen malaysia anwar grafik 01Katanya, pihaknya menghantar surat kepada Datuk Seri Zahid Hamidi pada 25 Februari, namun beliau memilih untuk bertindak balas melalui media. “Kenyataan Zahid mengejutkan, tidak boleh difahami dan bercanggah dengan Akta Penjara 1995. “Ia bukan tanggungjawab atau bidang kuasa Yang di-Pertua, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan untuk membawa Anwar dari penjara ke Parlimen. Katanya, hanya Ketua Pengarah Penjara mempunyai kuasa undang-undang untuk melepaskan Anwar untuk menghadiri Parlimen. 


 “Seksyen 31 Akta Penjara 1995 mengatakan Ketua Pengarah mempunyai kuasa mengarahkan orang menjalani hukuman penjara diambil ke mana-mana tempat jika terdapat alasan munasabah. “Ketua Pengarah Penjara adalah di bawah kawalan dan tanggungjawab Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam kenyataan itu. Semalam, Zahid berkata kata putus berhubung perkara itu terletak kepada Lembaga Pengampunan dan perkara berkait tafsiran undang-undang terletak pada speaker Dewan Rakyat dan peguam negara. Mereka berkata kenyataan Zahid bahawa Lembaga Pengampunan mesti membuat keputusan terlebih dahulu sebelum membawa Anwar ke Parlimen tidak masuk akal. “Ini kerana jika lembaga Pengampunan yang membuat satu cara keputusan atau yang lain, isu membawa Anwar dari Penjara kepada Parlimen tidak akan timbul sama sekali. “Kami menyeru kepada Zahid Hamidi dan kerajaan menghormati institusi Parlimen dan sistem demokrasi dengan membenarkan pemimpin pembangkang menghadiri Parlimen bermula 9 Mac ini,” katanya./Selangorkini

Tiada ulasan: