Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 16 Disember 2014

Cairo Festival: Persembahan Artis Cemar Imej Negara

Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman bagi membantah Ekspo Malaysia 2014 yang berlangsung di Cairo Festival City Mall pada 10 hingga 13 Disember lalu yang mengandungi antaranya persembahan kebudayaan yang dicemari dengan artis yang tidak menepati syariat.

 Delegasi yang diketuai oleh naib ketuanya, Khairil Nizam Khirudin turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridwan disambut oleh Mohd Izzat dari Bahagian Afrika Kementerian Luar Negeri yang menerima memorandum itu bagi pihak menteri yang bercuti sehingga akhir tahun.


 Khairil Nizam selepas menyerahkan memo itu memberitahu Pemuda PAS menyokong ekspo itu yang bertujuan antara lain untuk mempromosikan pendidikan, perdagangan dan pelaburan serta makanan Malaysia. Namun, ujarnya insiden persembahan artis yang tidak berlandaskan syariat di bumi para anbiya’ itu amat dikesali. Beliau juga mencadangkan agar Duta Malaysia di Kaherah lebih berhati-hati pada masa hadapan apabila menganjurkan program-program seperti itu. Sementara itu, pihak kedutaan berjanji akan menyampaikan memo tersebut kepada menteri dan akan menyiasat insiden itu serta mengucapkan terima kasih di atas respons daripada Pemuda PAS Malaysia.

Tiada ulasan: