Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 13 Oktober 2014

Pemimpin Ikhwan Muslimin Mesir Dihukum Penjara

Mufti Besar Mesir telah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan keatas pemimpin Ikhwan Muslimin, Muhammad Badie, kepada penjara seumur hidup. Hukuman mati ke atas lima yang lain turut diringankan kepada penjara seumur hidup pada hari Sabtu oleh Shawki Allam, autoriti agama tertinggi di Mesir. Enam yang lain dijatuhkan hukuman mati di Absentia. Badie dan para defendan lain dijatuhkan hukuman mati pada 19 Jun lalu atas tuduhan insiden pembunuhan pegawai-pegawai polis dalam satu protes, namun keputusan itu ditolak Mufti pada 7 Ogos. Dalam satu tindakan yang luar biasa, pihak pendakwa telah meminta untuk Mufti Besar untuk menimbang kembali keputusan beliau. 


 Merujuk kepada keputusan awal Mufti Besar, salah seorang daripada tiga orang hakim kes tersebut menyatakan "menurut Mufti Besar, pada pendapat beliau, pihak mahkamah hanya bergantung kepada laporan siasatan semata-mata dalam kes terbabit dan ini sahaja tidak cukup untuk mensabitkan hukuman keatas para defendan." Undang-undang Mesir mengkehendaki sebarang hukuman mati dirujuk kepada Mufti Besar sebelum pelaksanaan hukuman mati boleh dijalankan. 'Keadilan masih sukar dicapai' "Ini adalah tindakan keras keselamatan besar-besaran bertujuan untuk mengecualikan Ikhwan Muslimin daripada proses politik. Beberapa bulan lalu Amnesty International menyifatkan kehakiman tersebut sebagai satu sindiran keatas keadilan," 

Shahira Amin, seorang jurnalis yang berpusat di Kaherah memberitahu Al Jazeera pada hari Sabtu berikutan keputusan tersebut. "Sepertinya beberapa orang hakim menjatuhkan hukuman melampau ini untuk menyebelahi para autoriti yang dibelakangi tentera demi kepentingan peribadi mereka sendiri. " "Pada pendapat saya, pemindaan hukuman ini juga disebabkan oleh tekanan daripada masyarakat. Kita telah melihat protes-protes Ikhwan Muslimin berterusan tanpa reda, keadilan masih sukar dicapai di Mesir hari ini," ujar beliau. Badie telahpun menerima hukuman mati yang disahkan dalam kes berasingan bersama 182 orang yang lain dalam satu perbicaraan yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia. 

 Kerajaan diterajui Ikhwan Muslimin yang dipilih secara demokratik telah digulingkan oleh tentera pada tahun lepas. Ikhwan Muslimin sejak itu telah disenaraikan sebagai "gerakan pengganas" dan kebanyakan pimpinannya dipenjarakan, termasuk Presiden Muhammad Mursi. Mursi telah berada dalam tahanan sejak penggulingannya dan sedang dibicarakan atas dakwaan menghasut pembunuhan penunjuk perasaan pada Disember 2012, di luar perkarangan Istana Presiden. Hasbunallahu wani'mal wakil. 

Sumber : AlJazeera

Tiada ulasan: