Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 13 Oktober 2014

Isu Oktoberfest Melaka : Ketua Menteri Melaka perlu jujur

Kenyataan Media DPPNM . 

 DPPNM telah mendengar penjelasan video dari Dato Idris Haron selaku Ketua Menteri Melaka berkenaan Oktoberfest di Jonker Walk. DPPNM pertamanya ingin meminta Dato Idris Haron perlu menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang menyatakan bahawa Oktoberfest ini di bawah anjuran Kementerian Perlancongan dan ianya boleh menjadi tarikan para pelancong untuk datang ke Melaka. Beliau tidak perlu berdolak dalik dalam kenyataan sebelum ini. DPPNM tidak mempolitikan isu ini tetapi melihat jawapan Ketua Menteri Melaka dalam keratan akhbar Sinar Harian yang terang dan jelas seolah-olah menyokong Oktoberfest, sekiranya tidak betul dan tidak menyokong beliau perlu berbuat sesuatu yang boleh di terima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan agama di negeri ini. 

DPPNM percaya kredibiliti wartawan dan surat khabar Sinar Harian dalam melaporkan sesuatu berita. Ketua Menteri tidak perlu risau jika tidak membuat sebarang kesalahan sehingga menjawab persoalan kami dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan isu yang DPPNM ketengahkan. Kita boleh sahaja berkerjasama dalam memberi pandangan untuk kerharmonian dan kemakmuran negeri Melaka tanpa mengundang mana-mana budaya negara luar sebagai tarikan pelancong. Kami amat percaya rakyat negeri Melaka yang unik ini dapat menyumbangkan budaya-budaya yang lebih baik untuk di ketengahkan kepada pelancong-pelancong luar negara jika di beri peluang untuk meningkatkan kualiti kebudayaan di peringkat yang lebih tinggi.

 Jauhar Muhammad Dawi 
Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka

Tiada ulasan: