Followers

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

JANGKA HAYAT UMNO BN

Khamis, Mei 16, 2013

Sempena Hari Guru : Hormatilah Cikgu Anda

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan. Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang. Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. 

Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T : "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59) Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. 


Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Jawab Imam Shafie " 

Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. 

Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru. Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad) Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru.

 Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.

 Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru. Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka. Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.

 Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak". Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. 

Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. 

Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan. Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah. - Artikel iluvislam.com

Ahad, Mei 12, 2013

Kepentingan Melayu, Islam di bawah raja bukan PM- Aziz Bari

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, kepentingan agama Islam dan Melayu di negara ini dilindungi perlembagaan di bawah bidang kuasa raja-raja dan bukan Perdana menteri. “Soal-soal ini bukan kuasa PM. Apa yang jadi masalah selama ini ialah PM Melayu yang ada, langgar dan tak pedulikan perlembagaan. “Mereka fikir mereka boleh bolot semua; termasuk kuasa dan peranan Raja. Ini silapnya dan inilah yang menyebabkan orang Melayu ada yang takut. “Mereka fikir PM adalah segala-galanya. Ini tak betul,” katanya kepada Keadilandaily.com.

 Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin parti komponen BN, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok bahawa tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia seorang beragama Kristian. Menurut Aziz, meskipun perlembagaan tidak menyatakan bahawa bukan Melayu tidak boleh menjadi perdana menteri, namun dalam amalan politik Malaysia, jawatan itu diberikan kepada majoriti. “Tidak ada kontrak sosial di sini; selama ini apa yang berlaku dalam perlantikan PM ialah bahawa orang itu mewakili majoriti.

 “Apa yang lebih menjadi persoalan dengan kenyataan Dompok itu ialah bolehkah atau wajarkah beliau kekal dalam kabinet sedangkan Umno sebagai tunjang Barisan Nasional mengambil sikap yang berbeza,” katanya yang juga Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menurut Aziz, apa yang lebih penting, seseorang perdana menteri yang dilantik perlu mengikuti dan menghormati prinsip perlembagaan. “Sebab itu bagi saya PM bukan Melayu dan bukan Islam mungkin lebih baik sekiranya beliau menghormati perlembagaan. Apa guna ada PM Melayu dan Islam tapi gila kuasa macam Mahathir? Yang penting peraturan diikut, bukan bangsa atau batang tubuh pemegang jawatan itu,” katanya.

Tiada Istilah Ketuanan Melayu - Prof Khoo Kay Kim


 ”Ketuanan Melayu” tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, sebaliknya menyatakan, dalam aspek sejarah, hanya ”Ketuanan Raja” yang termaktub dalam Perlembagaan kerana rakyat perlu taat setia kepada raja.

“Sebelum ini, tidak pernah disebut ”Ketuanan Melayu” dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam Perlembagaan cuma ”Ketuanan Raja” iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.“Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas.Dr Wan Azizah meminta konsep itu diganti dengan visi ”bangsa bermaruah” atau ”Melayu bermaruah”.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.
“Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh,” katanya.

Flash Mob Anak Muda Tolak Perkauman


Kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’ akan mengadakan ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ pada 13 Mei 2013 jam 1 petang serentak di seluruh Malaysia.
flash mob
Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.

“Umno Barisan Nasional seolah sengaja mengapi-apikan rakyat supaya membenci kaum lain. Flash Mob ini kami cetuskan sebagai ‘jawapan balas’ kepada mereka
“Anak muda menolak segala bentuk provokasi jahat ini. Flash mob ini tanda penyatuan kita sebagai bangsa Malaysia
“Kami alu-alukan semua kaum datang ke Flash Mob Tolak Perkauman terutama yang berada di sekitar Kuala Lumpur,” katanya
Beberapa lokasi utama telah mengesahkan penyertaan mereka seperti Kuala Lumpur (Dataran Merdeka), Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan), Kelantan (Kota Bharu).
Anak muda yang berminat menganjurkan Flash Mob ditempat anda boleh meminta khidmat nasihat Haizal (017-5996955) atau rujuk laman Facebook Flash Mob Menolak Perkauman.

Ikatan PR buka laluan 'anak sulung' PAS di Melaka


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan:  "Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)

KETIKA berceloteh mengenai suasana hari penamaan calon di Melaka 20 April lalu, saya menyatakan ada 'kemajuan menarik' antara PAS dan DAP tatkala melihat buat pertama kalinya penyokong kedua-dua parti saling bercampur dengan bendera mereka (bulan dan roket) berkibaran berselang seli. Situasi itu tidak saya lihat pada PRU 2008 dan sebelumnya.

'Percampuran' itu terbukti membantu PAS dalam melahirkan anak sulungnya di bumi Hang Tuah (PAS melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru, N17 dengan majoriti 48 undi) manakala DAP meraih manfaatnya apabila akhirnya berjaya mengakhiri legasi BN (MCA) di kawasan seperti Duyong (N23). Di Duyong, Pengerusi MCA Melaka yang juga penyandang kerusi itu, Dato' Gan Tian Loo ditewaskan oleh Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San dengan majoriti 205 undi.

Tentunya kejayaan itu dibantu KeADILAN, dan ia menjadi lebih manis lagi apabila ikatan padu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu melenyapkan ego Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang kecundang di kawasan Parlimen Bukit Katil (P137) dengan majoriti agak besar (5,447 undi) di tangan Pengerusi KeADILan Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin. Kekalahan Mohd Ali yang pernah mengadakan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu, diselubungi 'misteri' seperti terpadamnya lampu ketika pengiraan undi. Beliau menyalahkan rakyat terutama orang Cina yang dakwanya tidak pandai 'mengenang budi'.

Berdasarkan senario di Dun dalam Parlimen Bukit Katil (Bukit Baru, Bachang, Ayer Keroh dan Ayer Molek) dan Parlimen Bukit Katil sendiri, ada iktibar menarik yang boleh dijadikan panduan. Hanya kawasan inilah yang mencatatkan perubahan di Melaka; kawasan lain (luar bandar) tetap didominasi oleh BN manakala di bandar (terutama Kota Melaka) dimonopoli DAP.

Di Dun Bukit Baru, pengundi Melayunya ada kira-kira 55 peratus, Cina lebih kurang 40 peratus manakala India kira-kira 5 peratus. Dipercayai pengundi Melayu berpecah dua; dan apabila situasi ini berlaku, dengan undian pengundi Cina terutama daripada DAP menyebelahi calon PAS, maka tercatatlah sejarah Dr Khalid yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Hospital Melaka, 'melahirkan anak sulung' PAS di negeri Hang Tuah.

Bagi Parlimen Bukit Katil (pengundi Melayunya 51 peratus, Cina 42 peratus dan India 6 peratus) faktor kebangkitan anak muda dan kesedaran sesetengah pengundi akan amalan korupsi dan seumpamanya, dibantu kejituan jentera dan penyokong PAS, KeADILan dan DAP serta kewibawaan dan kelantangan calonnya (Shamsul Iskandar), memberi sumbangan kepada kejatuhan Mohd Ali, ketua menteri selama lebih sedekad.

Jika ditinjau kemenangan DAP (Goh Leong San) di Duyong pula (pengundi Cina lebih 50 peratus, Melayu 45 peratus dan India 4 peratus), saya percaya selain daripada sokongan pengundi tegar DAP, kesediaan ahli dan penyokong PAS dan KeADILan untuk memberi undi kepadanya berdasarkan suntikan semangat Pakatan Rakyat; menyebabkan Tian Loo beserta penyokongnya daripada orang Cina dan Melayu tersungkur sama.

Rumusannya, kerjasama erat PAS, DAP dan KeADILan, membolehkan ketiga-tiga pihaknya mencatat kejayaan ditandingi calon mereka yang merupakan sejarah di bumi Hang Tuah. Penyokong rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terutama DAP telah membuka laluan untuk PAS mencatat 'kelahiran anak sulung' dengan memenangi Dun Bukit Baru manakala penyokong PAS telah membantu calon DAP untuk menang di Dun seperti Duyong.

Berkenaan sahabat saya, Harun Mohamed yang bertanding di Dun Telok Mas (N23) seperti dicoretkan dalam keluaran lalu; syabas diucapkan kerana beliau berjaya merapatkan jurang majoriti kekalahan kepada hanya 701 undi (beliau mendapat 7,332 undi berbanding Latiff Tamby Chik memperolehi 8,033 undi), Mungkin undian penyokong DAP sebagai bantuan kepadanya masih tidak memadai untuk beliau menang kerana kawasan itu mempunyai pengundi Melayu yang tinggi (70 peratus) sedangkan Cina hanya 28 peratus.

Akhir sekali, syabas PAS Melaka kerana berjaya melahirkan anak sulung; pada PRU berikutnya diharapkan dapat melahirkan kembar yang banyak pula seterusnya mengetuai kerajaan baru rakyat; jadi terus bekerja keras dan berdoalah mulai sekarang! - http://lanh14.blogspot.com/

1 Keluarga 1 Hafiz - Cadangan MP Temerloh

Kehadiran Ahli Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada setiap program dan aktiviti bersama rakyat di Temerloh mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, tanpa mengira usia dan bangsa. Memulakan khidmat sebagai wakil rakyat sejurus diumumkan memenangi kerusi P.088 Parlimen Temerloh, beliau melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi serta ucapan penghargaan kepada jentera PAS dan PR yang gigih menjayakan misi Pakatan Harapan Rakyat. Pada Jumaat lepas, beliau meluangkan masa sehari suntuk untuk bertemu dengan masyarakat Temerloh. Bermula dengan mengimami solat Jumaat dan menyampaikan khutbah di Masjid Felda Lakum, dengan kehadiran melebihi kebiasaan daripada masyarakat Temeroh dan daerah sekitar, ia turut disusuli ddengan sesi bual bicara 'Tanyalah Ustaz' secara santai bersama jemaah.

Beliau juga sempat beramah-mesra dengan anak muda di pekan Temerloh, sebelum menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan kuliah perdana di Masjid Tanjung Besar, Temerloh. Dengan limpahan hadirin yang datang dari kawasan sekitar, Nasrudin membicarakan iktibar daripada peristiwa perang Badar, Isra' Mikraj, Hijrah dan saranan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui martabat taqwa, sabar dan tawakkal sebagai pra-syarat kemenangan, di samping turut menyarankan setiap ibu bapa dan kampung di Temerloh untuk 'menginfaqkan' seorang daripada anak-anak untuk mendalami dan menghafal Al-Quran. 

 Majlis tersebut disusuli dengan jamuan kesyukuran bersama masyarakat setempat. Sejurus selepas itu, beliau menghadiri mesyuarat bersama PAS Kawasan Temerloh untuk merangka sinergi perancangan dan penyelarasan agenda Membangun Temerloh Berkebajikan secara efektif dan tersusun. Ramai yang berkesempatan berjumpa dengan beliau melahirkan rasa syukur dan bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda, yang pastinya akan membawa kebaikan untuk seluruh warga Temerloh.

Ratusan Ribu di Himpunan Black 505 Pulau Pinang


Ratusan ribu rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri utara Semenanjung membanjiri Stadium Batu Kawan, Seberang Perai malam tadi bagi menyertai Himpunan Black 505. Ia telah menyebabkan trafik sesak sejauh 20 kilometer dari Plaza Tol Juru, Tol Batu Kawan dan laluan menuju stadium.

 Manakala di dalam stadium jumlah orang yang datang tanpa dibayar sesen pun melebihi sasaran. Rakyat Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama tanpa ada perasaan cemburu walaupun pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat menanamkan perasaan benci kepada masyarakat Tionghua yang di katakan berlakunya 'tsunami Cina'. Semasa datang mereka berkonvoi sambil memegang bendera di tangan. Riuh rendah jadinya seperti satu pesta. 

 Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke stadium mereka hanya berdiri di tepi Lebuhraya ramai-ramai sambil mengibar bendera ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat. Ada yang bertekad berjalan kaki menuju padang berkenaan walaupun tahu ianya jauh. Situasi itulah yang memedihkan perasaan Najib kerana apa yang beliau mahu untuk memecahkan Pakatan Rakyat tidak menjadi. Paling menyeronokkan ialah apabila ramai anak muda di kalangan Tionghua datang berpasangan untuk memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi. Dalam stadium keadaan penuh sesak menyebabkan beberapa orang jatuh pengsan. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.

Khamis, Mei 09, 2013

UMNO Pencetus Sentimen Perkauman !

Sentimen perkauman yang dicetus Umno selepas pilihan raya lalu semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat dari isu pokok berkaitan penyelewengan pilihan raya, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Berucap di Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat malam tadi, Kit Siang berkata, isu perkauman merupakan budaya lama pemimpin Umno untuk memecahbelahkan bangsa Malaysia. 

Malah amalan itu jelasnya mengakibatkan tangan persahabatan ‘syaitan yang dikenali’ ditolak rakyat. “Kita menyeru semua pemimpin Umno untuk bertanggungjawab. Kita mengutuk tindakan memerangkap bangsa Malaysia dalam sentimen perkauman. Ini salah dan perlu dihentikan serta merta,” tegasnya membidas kenyataan ‘Tsunami Cina’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Kit Siang turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat berbilang kaum yang mengundi beliau di Parlimen Gelang Patah sekaligus menumpaskan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dengan majoriti sebanyak 14,762 undi. “Ia mustahil bagi saya untuk memenangi Gelang Patah tanpa undi serta sokongan semua rakyat,” katanya. Menyifatkan PRU 13 paling kotor dalam sejarah negara, beliau menggesa rakyat untuk sama-sama mencari kebenaran. “Paling utama keperluan untuk menjelaskan tentang semua penyelewengan semasa pilihan raya. “Bagi tujuan itu, kita memerlukan rakyat untuk membantu dan menyalurkan tenaga supaya penyelewengan dan rasuah didedahkan. Tampil ke hadapan beri maklumat dan carilah kebenaran, dalam suasana penuh sopan dan hormat antara satu sama lain,” saran Kit Siang.

Pakatan Akan Buru Penipu Rakyat

Pakatan Rakyat akan mencari semua yang terlibat di dalam penipuan semasa pengundian pada 5 Mei lalu termasuk Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seleweng dan pemandu bas yang membawa pengundi ragu. “Bermula minggu ini, saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan menumpukan setiap satu saat hidup kami untuk mencari pencuri-pencuri undi kita,” kata ketua siasatan itu, Rafizi Ramli. Rafzi, yang baru dilantik untuk mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu, berkata usaha ini akan membuktikan kepada semua pihak bahawa wujudnya beberapa insiden penipuan dan penyelewengan pada PRU-13. 

 “Kita aka cari Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menipu, kita akan kejar pemandu-pemandu bas yang bawa pengundi asing ke tempat kita. “Kita akan tunjukkan bukti satu persatu mengapa kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib wajar ditumbangkan kerana kerajaan haram,” katanya dalam ucapan di perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” “Saya minta semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang tahu nilai keadilan, kita mesti tolak penyelewengan dan penipuan ini. 

 “Saya minta rakyat Malaysia membantu berikan bukti supaya kita cabar dia di mahkamah, di jalan, kita lawan mereka di Parlimen sampai menang,” katanya yang baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Pandan. Rafizi turut akan berkerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) serta parti komponen Pakatan Rakyat bagi mencari bukti berhubung penyelewengan ini. Pakatan percaya bahawa proses pengundian dan kiraan undi pada 5 Mei lalu penuh dengan insiden penipuan seperti ejen calon yang dihalang daripada mengawal kotak undi awal dan penglibatan warga asing sebagai pengundi./Selangorku

Tsunami Malaysia ' Melanda' Kelana Jaya


Tsunami Malaysia’ berlangsung di Stadium Kelana Jaya ekoran kehadiran luar biasa rakyat pada Pidato Suara Rakyat Suara Keramat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dikatakan sarat dengan penipuan.
Meskipun hujan turun, kebanjiran rakyat menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang Lebuhraya Damasara Puchong dari Bandar Utama hingga ke Puchong.Dengan tema baju hitam, lebih 50,000 rakyat Malaysia membanjiri kawasan stadium dan sekitarnya dengan semangat sebangsa, sejiwa dan senegara.Dihostkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abadul, barisan pimpinan Pakatan Rakyat hadir memberikan ucapan sambil disambut dengan kemeriahan penyokong.
Antara desakan paling hebat dilontarkan pimpinan PR adalah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur ekoran penipuan dan penyelewengan yang 
himpunan suara rakyat kelana jaya auntie bersih 01
berlaku dalam PRU-13.

Meskipun tewas di Parlimen Pekan, Koordinator Jingga-13, Fariz Musa menyatakan kesedian untuk berhadapan penyandang, Najib Razak sekali lagi di kawasan berkenaan seandainya diberikan peluang sekali
Selain itu, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang memulakan pidato rakyat menyatakan kebangkitan perubahan rakyat menolak penyelewengan akan diteruskan di Sabah.
Paling mencuri tumpuan ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gembira diatas sokongan rakyat mempertahankan Negeri Selangor sehingga berjaya mengalahkan Umno-BN Selangor yang diketuai oleh Najib sendiri.“Terima kasih kerana mempertahankan Selangor. Najib tidak boleh kalahkan Selangor kerana kamu (rakyat).
“Kita bukan sahaja mahu menang tapi keadilan. Marilah kita menantang kezaliman dan ketidakadilan dalam pengundian.“Kita semua yang akan menetukan negara. Bukan Najib atau SPR tetapi kita semua,” katanya ringkas.Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa warga Thailand dibawa masuk untuk mengundi di kawasan pendalaman di Kedah.“Undi awal, undi pos tidak ada celup jari (dakwat kekal). Kalau tolak undi pos dan undi awal, rakyat Malaysia undi PR 60 peratus.
“Pembohongan mereka berterusan, rakyat bangkit menuntut demokrasi.
himpunan suara rakyat kelana jaya crowd 03
“Mereka cuba main isu perkauman. 5 Mei bukan Tsunami Cina, tapi Tsunami rakyat Malaysia. Bukan soal kaum, kita lawan rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat berbilang kaum yang mengundi beliau di Parlimen Gelang Patah sekaligus menumpaskan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Menurutnya, politik perkauman merupakan budaya lama sehingga mengakibatkan tangan persahabatan ‘syaitan yang dikenali’ ditolak rakyat.
himpunan suara rakyat kelana jaya A Samad Said 01Dalam pidato ini, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut mendeklamasikan sajak betajuk ‘Ibu Segala Tipu’ yang ditulis khas tiga jam sebelum perhimpunan berlangsung.Antara pimpinan lain yang hadir adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib-naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran.
Turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen  
Subang, R Sivarasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersama pimpinan PR di Kelana Jaya kerana turut mengadakan himpunan sama di Rusila, Terengganu

Kredit : Selangorku

Rabu, Mei 08, 2013

Husam : Najib Perlu Beri Laluan pada Muhyiddin pula

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan. “Pada 2008, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Puad Zarkashi dan lain-lain pemimpin Umno telah buat kenyataan – meminta Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk bertanggungjawab dengan kegagalan di PRU12.

 "Kalau logik singkir Pak Lah ialah universal, logik yang sama perlu dipakai pada Najib. Morally, Najib harus buka laluan untuk Muhyiddin untuk ganti beliau sebagai Perdana Menteri,” kata Husam semalam. Menurut Husam, Najib mencatat keputusan yang lebih teruk daripada Pak Lah di mana BN kalah dalam undi popular kepada Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dan juga kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 daripada 140 daripada apa yang dicapai Pak Lah. Husam juga menyentuh ungkapan ‘Tsunami Cina’ yang diguna Najib untuk mencari kambing hitam atas prestasi BN yang semakin merosot. “Isu itu dibangkitkan untuk sambung hayat politik Najib yang terumbang-ambing dengan keputusan PRU13.

 Ungkapan itu juga menandakan konsep 1Malaysianya telah gagal. Konsep itu adalah satu-satunya modal Najib – sekarang modal ini sudah gagal, maka beliau harus berundur,” tegas Husam. Husam juga menolak hujah politik Najib mengenai ‘Tsunami Cina’ yang menyebabkan kemerosotan BN kerana BN hampir-hampir kehilangan Terengganu yang peratus undi Melayunya 95 peratus. “Saya menolak politik perkauman dan anti-Cina. Saya yakin ada cetusan lain untuk mengekalkan beliau (Najib) sebagai Perdana Menteri,” kata Husam.

Analisis Sokongan Rakyat .. Hakikatnya BN Kalah

Walaupun di atas kertas BN menang dengan 133 kerusi Parlimen, hakikatnya rakyat menolak parti itu berdasarkan peratusan jumlah undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zamanhuri mempersoal kemenangan BN sedangkan peratusan undi popular yang diterima Pakatan lebih tinggi berbanding peratus kepada BN. “BN dapat 133 kerusi Parlimen, tapi undi popular BN hanya 46 peratus. Berbanding undi popular rakyat kepada Pakatan Rakyat mencecah 50.3 peratus.

 “Begitu juga dengan kerusi yang dimenangi Pakatan telah bertambah tujuh kerusi Parlimen, tetapi BN hilang tujuh kerusi,” katanya ketika dihubungi. Menurut Azmizam, jika Malaysia mengamalkan kaedah yang diguna pakai di luar negara iaitu ‘Propotional Representation’ (PR), bermakna secara jelas Pakatan sudah pun berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan. “Sudah tiba masanya kita gunakan undi popular untuk tentukan pemerintah kerana berdasarkan kecenderungan rakyat memilih dan mewakili suara mereka.

 “Kalau kita masih guna kaedah sekarang iaitu ‘First Past The Post’, keputusan pilihan raya hanya bergantung kepada kiraan majoriti sahaja tanpa mengambil kira peratusan undi popular,” jelasnya. Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Pakatan menang sebanyak 89 kerusi Parlimen dan 230 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding BN 133 kerusi Parlimen tetapi hilang tujuh kerusi daripada 140 pada PRU ke-12. Bagi undi keseluruhan pula, dalam PRU 13, Pakatan berjaya mendapat 5.5 juta undi berbanding BN 5.2 juta sahaja.

MCA Desak CSL Lepas Jawatan Segera

Selepas kalah dengan teruk dalam pilihan raya umum ke 13, para pemimpin kanan MCA mendesak presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan jawatan segera. Bagi mereka, Chua gagal dalam memahami sentimen masyarakat Cina sehingga ditolak dengan teruk bahkan paling teruk dalam sejarah politik negara. Tiga dari pemimpin MCA iaitu ahli Jawatankuasa Pusat, Lee Wei Kiat (Pengerusi bahagian Subang), Liew Yuen Keong (Pengerusi Bahagian Serdang) dan Tan Chong Seng (Pengerusi bahagian Kuala Selangor) mendesak Chua meletakkan jawatan segera. Dalam PRU 13 ini, Chua mengambil sikap menentang secara bersungguh-sungguh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menghina syariat Islam. 

Antara kempen MCA adalah undi DAP = undi PAS = sokong hukum hudud. Iklan-iklan mengenainya dibeli MCA dan diletakkan dalam akhbar-akhbar harian negara. Dalam pilihanraya kali ini, dari 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya, MCA hanya menang tujuh kerusi. Dari 90 kerusi DUN yang ditandingi MCA pula, parti cauvenis Cina itu hanya menang 11 kerusi. Hampir kesemua kerusi yang ditandinginya dimenangi oleh DAP yang dilihat lebih lembut bahkan menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

 "Perpecahan dalaman yang semakin meluas, cenderung kepada puak dalam pemilihan calon dan kritikan yang tidak wajar Chua kepada masyarakat Cina telah merosakkan lagi imej parti," kata kenyataan ketiga-tiga pemimpin MCA itu. "Kami mendesak presiden MCA meletakkan jawatan daripada semua jawatan parti kerana dia sudah menjadi bebanan kepada parti," kata mereka dalam kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini.

13 Mei Hari Persaudaraan Rakyat Malaysia

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan menyeru semua pihak terutama generasi muda agar menjadikan tarikh 13 Mei sebagai hari persaudaraan buat seluruh rakyat Malaysia. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, sejarah hitam negara yang tercetus pada 13 Mei 1969 telah meninggalkan kesan mendalam untuk pembentukan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera. "Detik 13 Mei selayaknya dihadapi dan diingati sebagai "Hari Persaudaraan" kerana mengambil iktibar dari kesan api fitnah perkauman yang keterlaluan.

 "Hari ini generasi kita mesti menolak sepenuhnya seruan, tulisan, provokasi, himpunan dan tindakan yang berbau perkauman," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau dipercayai berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak tertentu yang cuba mengaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan perkauman sempit. Semalam, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu" di muka hadapan akhbar mereka ekoran keputusan PRU13 yang menyaksikan majoriti kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat. 

 Ia ditambah lagi dengan majoriti kerusi yang ditandingi DAP menang, manakala MCA tewas teruk. Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pencinta keamanan pastinya resah dengan percubaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menghidupkan kembali sentimen 13 Mei dengan tragedi perkauman berdarah.

 "Justeru itu saya menyeru semua pihak terutama generasi muda agar tidak diulang pengalaman ngeri ini saat kita menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup biarpun tidak sempurna sebagaimana yang diidamkan. "Pihak berwajib jangan memandang sepi dan mengambil mudah realiti ini. Bersamalah kita bangunkan negara dan memaju-makmurkan rakyat dalam negara ini," katanya.

TUN M Keciwa Prestasi Teruk

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan prestasi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini yang disifatkan lebih teruk berbanding 2008. Menurut Mahathir, beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU13 ini akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008. 

 "Saya berharap BN kali ini akan mendapat lebih kerusi berbanding 2008. Saya agak kecewa dan terkejut apabila mendapati BN akhirnya kurang dari 2008. "Pada 2008 pada masa itu kita percaya disebabkan kekecewaan orang Melayu terhadap pemerintahan Abdullah. Tetapi ini bukan Abdullah, kali ini Najib, dan kita lihat prestasinya kurang baik dari Abdullah," katanya. Pada PRU13 yang berlangsung Ahad lalu, BN memperoleh 133 kerusi, iaitu merosot tujuh kerusi berbanding PRU12 pada 2008. Pakatan Rakyat pula berjaya menambah tujuh lagi kerusi menjadikan jumlah 89 kerusi berbanding 82 kerusi pada 2008. 

 Keputusan itu menyaksikan BN kekal membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah. Kemampuan Najib dipersoal Biarpun menurut perlembagaan parti, Najib boleh kekal sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, namun menurut Mahathir, tentunya ada yang akan mempersoal kemampuan Najib berikutan kemerosotan dan prestasi teruk BN. "Secara keseluruhannya Najib telah mencapai majoriti mudah dan dia berhak menjadi ketua kerajaan. "Namun tentu ada yang akan mempersoalkan kemampuan, strategi dan pelbagai perkara lagi yang menyumbang kepada prestasi teruk BN," katanya.

Skandal IC ??

skandal Mahathir memberi IC dgn tujuan dapat undi.Berita Channel News Asia Berita yg mengenai skandal Tun Dr.Mahathir(Pengkhianat Negara) memberi IC dgn tujuan dapat undi.Kebenaran MyKad Sabah Lucky I download already, pls share..Ribuan Terima kasih Berita Channel News Asia.
 

Biar Video Berbicara

Bila Nafsu dah menguasai diri, Apa pun tak jadi. Tapi sebagai muhasabah diri buat yang menang dan yang tewas, Allah mengetahui setiapa apa yang kamu lakukan 
Sila klik Video Dibawah 

Ahad, Mei 05, 2013

Sidang media Pakatan di One World Hotel


Pimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk menyambut kemenangan pilihan raya ke 13 dan akan membuat pengumuman mengenainya seawal jam 9 malam ini.

Sebuah dewan telah di tempat di One World Hotel, Bandar Utama (bersebelahan pusat beli belah One Utama) untuk tujuan tersebut.

Sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan disitu jika Pakatan menang dalam pilihan raya ini.

Ia akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan Rakyat.


Malam tadi kempen PAS mencatat sejarah apabila peningkatan sokongan empat peratus berlaku kepada PAS dari pengundi Melayu. Peningkatan mendadak ini membayangkan suasana baik kepada PAS dan Pakatan di hari mengundi hari ini.
Sementara waktu itu, para pimpinan Pakatan akan berkumpul di Ibu Pejabat parti masing-masing bagi mengumpulkan keputusan pilihan raya ini.

Pemimpin PAS akan berkumpul di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di Jalan Pudu.

Keputusan awal dijangka akan diketahui sekitar jam 7 hingga 8 malam ini melalui Borang 14 yang dikumpul di semua pusat pengiraan undi yang dijangka bermula jam  5.30 petang.

Semua pusat pengundi dijangka akan ditutup jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula jam 5.30 petang.

Undi awal pula dijangka akan sampai ke pusat penjumlahan undi dan dikira mulai jam 3 petang.

Jumaat, Mei 03, 2013

Menjelang Pengundian 48 Jam Dari Sekarang ... Check It Out !!




Separuh Masa : Gesaan Undi PR


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar memangkah semua parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.

Memangkah mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat sangat penting dalam 



PRU13 kali ini bagi melahirkan Malaysia baharu dan menumbangkan kezaliman Umno-BN. 

Inilah pesanan terakhir pemimpin tertinggi PAS itu yang dikeluarkan melalui lidah rasmi PAS, Harakah yang bakal berada di pasaran mulai Sabtu ini.

Dapatkan naskah anda esok dan sebarkan kepada rakan-rakan yang belum pasti menyokong Pakatan Rakyat.

Video Laknat Yang Diragui Kesahihannya

Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan. Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau). 


 Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut. Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan. Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam. Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful. "Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia. "Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif. Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa. Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak. "Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. "Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.

Pakatan Jamin Kedudukan Islam Sebagai Agama


Sejak 2008 lagi, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menandatangani deklarasi untuk mempertahankan perlembagaan Malaysia yang merangkumi kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 153 berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Pada 8 September 2008, pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan, iaitu Datuk Seri Tun Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah menandatangani deklarasi mempertahankan Perlembagaan Malaysia itu," tegas beliau ketika mengecam kebanjiran poster-poster dan bannner-banner perkauman yang tidak bertanggungjawab yang membanjiri Kuala Lumpur sejak malam tadi.

"Malah, dalam Konvokesyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009, sekali lagi pemimpin-pemimpin PAS , PKR dan DAP menandatangani Dasar Bersama yang menegaskan bahawa ketiga–tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi Raja Berperlembagaan," tegas Mahfuz lagi.

Beliau yakin, majoriti rakyat yang sudah pun membuat keputusan dan tidak sabar-sabar untuk menolak politik perkauman Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak akan terpedaya dengan politik kotor yang mengapi-apikan perkauman malah tidak akan mempedulikannya.

"Arus kebangkitan rakyat yang bencikan Umno BN yang mahukan perubahan sudah tidak dapat dibendung lagi dan semakin hari semakin bersemangat," kata Mahfuz.

Mengulas lanjut mengenai kepentingan orang-orang Melayu di bawah pemerintahan Pakatan, beliau menegaskan, bukan setakat mempertahankan perlembagaan sahaja malah PAS juga mempunyai perancangan khas untuk menjadikan Bumiputera lebih berdayamaju dengan langkah-langkah yang berteraskan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

"Beberapa kali kita telah mengisytiharkan untuk menjadikan badan-badan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Haji sebagai badan yang mengendali dana khas untuk kepentingan pendidikan Bumiputera jika Pakatan dapat menguasai Putrajaya.

"Kita mempunyai perancangan bagaimana mengumpulkan dana itu yang akan ditadbir seperti 'sovereign wealth fund' di Norway bagi membantu Bumiputera mencapai taraf pendidikan terbaik," katanya.

Malah, kata Mahfuz, di pihak PKR pula, parti telah pun mengumumkan penubuhan satu pasukan khas yang akan menangani beberapa isu yang berkait rapat dengan orang Melayu - seperti isu FELDA, isu menaiktaraf kemahiran kakitangan awam, isu pengurusan harta Islam dan lain-lain, jika Pakatan dapat menubuhkan kerajaan di peringkat pusat.

Beliau memberi jaminan, dengan keadaan sosio ekonomi kini, nasib orang-orang Melayu lebih terjamin di bawah Pakatan kerana pendekatan yang dinyatakan dalam Manifesto Rakyat yang dikemukan oleh Pakatan adalah berteraskan pendapatan atau 'income-based'.

Lebih dari itu, katanya, kesejahteraan rakyat dalam misi manifesto itu adalah untuk meningkatkan ‘pendapatan dan pendapatan boleh berbelanja' dengan mengurangkan bebanan kos utama saraan hidup dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) serta mengurangkan perbelanjaan rakyat di segi tanggungan kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Gempau !!! JPM Bawa Masuk Warga Asing


Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya  mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.

Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.

Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini.

"Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.

"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.

"Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini.

Selasa, April 30, 2013

Surat Pada Mak Dan Abah Di Kampung

Kepada Mak & Abah... 

Orang Akan Selalu Balik Ke Kampung Jika :- 

1 : Harga Minyak Diturunkan. 
2 : Tol Dihapuskan. 
3 : Hutang PTPTN Dihapuskan... 

Kalau Itu Berlaku, Orang Tentu Akan Ada Lebihan Duit Poket Untuk Simpanan. Jadi, Orang Akan Selalu Balik ke Kampung Jenguk Mak & Abah... Bukankah Mak & Abah Selalu Mengeluh Bertanya Mengapa Tak Selalu Balik Melawat Mak & Abah Kan?...

Tapi....

Jika Itu Tidak berlaku, Orang Tentu Akan Balik Setahun Sekali (Itupun Raya) Sebab Bebanan Kewangan Yang Orang Hadapi Dengan Kos Sara Hidup Tinggi Yang Terpaksa Orang Hadapi Untuk Tanggungan Diri Sendiri, Isteri & Anak-Anak Orang. Sekarang Nie, Nak Simpan RM100 Sebulan Dalam Buku Akaun Bank Pun Orang Tak Merasa...

Apalah Sangat Dengan RM500 Yang Diberikan Kepada Orang Jika Ianya Hanya Dapat Digunakan Untuk Jangka Masa Yang Singkat. Yang Orang Nak Penjimatan Dan Bantuan Dalam Jangka Masa Yang Panjang Dan Berterusan Dari Kerajaan Sedia Ada.

Oleh Itu...

Orang Harap Sangat-Sangat Mak & Abah Undilah Pakatan Rakyat Kali Nie. Orang Tahu Yang Mak & Abah 'Orang Kuat UMNO/BN"... 

Apa Salahnya Bagi Peluang Sekali Kepada Pakatan Rakyat Buktikan Untuk Kebaikan & Kebajikan Yang Akan Orang Terima Kelak. Mak & Abah Taknak Tengok Ke Orang Hidup Dengan Sedikit Kesenangan?... Orang Tak Mintak Apa-Apa, Orang Mintak Tue Jer... Tolonglah!!!

Orang Janji Yang Orang akan Sentiasa Balik Kampung Ziarah Mak & Abah Sebab Jika Semua Bebanan itu Ditangani Oleh Pakatan Rakyat, Orang Pasti Kos Sara Hidup Orang Akan Stabil Dengan Pemansuhan Kadar Inflasi Yang Tinggi Itu... 

Orang Dah Tak Larat Nak Menangis Dan Mengeluh Dalam Hidup Nie, Mak, Abah!!!. Kat Kampung Memang Mak & Abah Tak terasa Tapi, Bagi Orang Kat Bandar Nie, Hanya ALLAH Jer Yang Tahu Betapa Susahnya Orang Mengharungi Hidup Kat Sini...

Orang Harap MAk & Abah Faham. Ini Kali Lah!!! 

Isnin, April 29, 2013

Pengakuan Bekas MB Mengejutkan Semua Pihak

Pengakuan bekas Menteri Besar Selangor - Mat Taib. wang simpanan di jimatkan di dalam rizab pembedaharaan Selangor sehingga RM2.6 billion. "ini tidak pernah berlaku dulu, sedangkan kakitangan orang yang sama,majlis daerah orang itu juga, majlis bandaraya orang itu juga ,tetapi yang berbeza cumalah pimpinan politik."- Katanya


Kenali Calon Anda : Ustaz Kamarudin Sedik ( Calon N26 Serkam )

Jom kita kenali bersama Calon kita yang cukup berwibawa ..Jangan lupa .. Ini Kali Lah !!





Kenali Calon Anda : Hajah Kintan Man ( Calon N28 Sungai Rambai )

Calon PAS N28, DUN Sungai Rambai. Wanita pertama yang menjadi calon pilihanraya PAS Negeri Melaka. Beliau dihantar khusus ke Seri Negeri untuk membawa Suara Wanita Melaka dan suara rakyat Sungai Rambai ke Dewan Undangan Negeri Melaka. 

Pembelaan nasib wanita dalam pelbagai bidang menjadi keutamaan beliau. Berkelulusan daripada Universiti Putra Malaysia (dulunya Universiti Pertanian Malaysia) dan berpengalaman luas dalam bidang politik dan pergerakan wanita dalam negara. Ayuh rakyat Melaka, mari kita hantar Hajah Kintan Man, calon PAS Sungai Rambai ke Seri Negeri. 


SURAT KEPADA SEMUA PENGUNDI AWAL PRU-13

 Assalamu’alaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera; 

 Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian, 

 Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013. Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila. 

 Dalam masa yang sama, tanggungjawab tuan/ puan dalam memilih pemimpin negeri/negara yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara dalam PRU-13 ini adalah tersangat penting kepada sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pertahankan untuk generasi ini dan anak cucu kita semua. Bilangan tuan/puan yang melebihi suku juta orang itu boleh menjadi faktor penentu arah tuju kepimpinan negara dalam sama-sama kita melakukan perubahan yang lebih baik kepada Malaysia yang kita cintakan ini. 

 Cukup lah kita membiarkan rakyat berdepan dengan kelompok politik elit Barisan Nasional yang penuh dengan dosa penyakit rasuah, ketirisan, pemerasan dan berbagai ketidak adilan yang akhirnya akan membuatkan generasi akan datang menderita. Beban amanah ini nampaknya tersangat berat untuk dipikul oleh pimpinan Barisan Nasional yang semakin malap kepercayaannya di kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ini. 

 Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua. Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan. Sekian terima kasih. Wassalam.

 “PAKATAN HARAPAN RAKYAT”
 “MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

 Abdul Hadi bin Awang 
Presiden PAS 
29 April 2013

Tedong Bangkit !! Jamuan BBQ Rakyat


Klik untuk Imej lebih jelas

Calon Kami Bersih dan Berwibawa






Kempen Politik Lucah Satu Jenayah : Musa Hassan


MusaBekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
“Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu.

Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak.
Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu.
“Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku,” tegas Musa.
Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.
“Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.
“Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi,” kata Musa.
Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi.
“Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” kata Musa.
Creadit : Keadilandaily.com

Sample Text

Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin tidak akan bertanggungjawab ke atas Link, artikel dan apa jua bahan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Segala yang dipaparkan adalah menjadi teguran dan renungan bersama dalam menuju kearah hidup seorang muslim yang mukmin.